Thursday, April 18, 2019

MENJEJAKI LALUAN TENTERA BERGAJAH


Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah Abrahah yang cuba memusnahkan Kaabah lebih 1400 tahun lalu. Kitab suci Al-Quran dalam satu bab menerangkan secara ringkas kisah mengenai tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah Al Ashram, gabenor Yaman ketika itu.

Allah SWT memusnahkan Abrahah dan tentera, termasuk 13 ekor gajah dengan menghantar sekumpulan burung Ababil untuk menggugurkan batu-batu kecil ke atas mereka. "Tiada batu yang mengena askar itu tetapi mereka terbakar dan hancur. Abrahah melarikan diri ketika badannya terbakar dan hancur sebelum mati dalam perjalanan pulang ke Yaman." kata ulama dan pentafsir Al-Quran terkenal abad ke 14, Ibnu Kathir.

Kumpulan penyelidik sejarah itu melakukan perjalanan merentasi gunung dan laluan sukar, mengambil gambar mercu tanda penting, bermula di utara Najran, kemudian ke timur Asir sebelum meneruskan perjalanan ke timur Asir. Antara tapak sejarah yang penting disepanjang perjalanan itu ialah lakaran gambar gajah pada tembok Gunung al Qahr di tenggara Tathlith, perigi lama di Hafaer di timur Asir dan jalan berturap berhampiran Kara di daerah Aqeeq di wilayah Baha.

"Kami melepasi kawasan berbatu dan terdapat tulisan dalam bahasa Humairiya di beberapa tempat di gunung sekitar daerah itu," katanya. Menurut sumber sejarah Islam, Abrahah seorang penganut Kritian merancang untuk mendirikan gereja Sanaa, sama seperti Kaabah di Makkah. Dia mahu penduduk Arab datang beribadah di Sanaa bukan di Makkah dengan berharap agar di dapat melencongkan perniagaan bagi faedah Yaman.


Dia mengemukakan idea itu kepada Raja Habsyah ketika itu yang bersetuju dengan rancangan berkenaan. Abrahah membina gereja itu tetapi masyarakat Arab enggan melakukan ibdah di Sanaa.
Ia mencetuskan kemarahannya, mendorongnya membentuk pasukan tentera untuk menyerang Makkah dan memusnahkan Kaabah. Dia menumpaskan semua tentera Arab ketika mara sehingga tiba di Makkah apabila dia dan pasukannya diserang burung Ababil yang dihantar oleh Allah SWT.

LALUAN TENTERA BERGAJAH

Terletak di kawasan berdekatan Taif dan menghadap ke Hijjaz. Kawasan ini dikatakan laluan tentera bergajah Abrahah dan juga tentera berkudanya. laluan ini diperbuat daripada batu granit yang setiap satunya tidak mempunyai saiz yang sama. Terdapat juga sebuah tempat yang dikatakan menjadi kem tentera Abrahah untuk berehat. Orang Arab menggelar tempat ini sebagai Laluan Gajah.


No comments:

Post a Comment