Thursday, April 18, 2019

MENJEJAKI LALUAN TENTERA BERGAJAH


Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah Abrahah yang cuba memusnahkan Kaabah lebih 1400 tahun lalu. Kitab suci Al-Quran dalam satu bab menerangkan secara ringkas kisah mengenai tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah Al Ashram, gabenor Yaman ketika itu.

Allah SWT memusnahkan Abrahah dan tentera, termasuk 13 ekor gajah dengan menghantar sekumpulan burung Ababil untuk menggugurkan batu-batu kecil ke atas mereka. "Tiada batu yang mengena askar itu tetapi mereka terbakar dan hancur. Abrahah melarikan diri ketika badannya terbakar dan hancur sebelum mati dalam perjalanan pulang ke Yaman." kata ulama dan pentafsir Al-Quran terkenal abad ke 14, Ibnu Kathir.

Kumpulan penyelidik sejarah itu melakukan perjalanan merentasi gunung dan laluan sukar, mengambil gambar mercu tanda penting, bermula di utara Najran, kemudian ke timur Asir sebelum meneruskan perjalanan ke timur Asir. Antara tapak sejarah yang penting disepanjang perjalanan itu ialah lakaran gambar gajah pada tembok Gunung al Qahr di tenggara Tathlith, perigi lama di Hafaer di timur Asir dan jalan berturap berhampiran Kara di daerah Aqeeq di wilayah Baha.

"Kami melepasi kawasan berbatu dan terdapat tulisan dalam bahasa Humairiya di beberapa tempat di gunung sekitar daerah itu," katanya. Menurut sumber sejarah Islam, Abrahah seorang penganut Kritian merancang untuk mendirikan gereja Sanaa, sama seperti Kaabah di Makkah. Dia mahu penduduk Arab datang beribadah di Sanaa bukan di Makkah dengan berharap agar di dapat melencongkan perniagaan bagi faedah Yaman.


Dia mengemukakan idea itu kepada Raja Habsyah ketika itu yang bersetuju dengan rancangan berkenaan. Abrahah membina gereja itu tetapi masyarakat Arab enggan melakukan ibdah di Sanaa.
Ia mencetuskan kemarahannya, mendorongnya membentuk pasukan tentera untuk menyerang Makkah dan memusnahkan Kaabah. Dia menumpaskan semua tentera Arab ketika mara sehingga tiba di Makkah apabila dia dan pasukannya diserang burung Ababil yang dihantar oleh Allah SWT.

LALUAN TENTERA BERGAJAH

Terletak di kawasan berdekatan Taif dan menghadap ke Hijjaz. Kawasan ini dikatakan laluan tentera bergajah Abrahah dan juga tentera berkudanya. laluan ini diperbuat daripada batu granit yang setiap satunya tidak mempunyai saiz yang sama. Terdapat juga sebuah tempat yang dikatakan menjadi kem tentera Abrahah untuk berehat. Orang Arab menggelar tempat ini sebagai Laluan Gajah.


Wednesday, April 17, 2019

SURAH 105


ASBABUN NUZUL

Abul Hasan al Wahidiy meriwayatkan bahawa surah ini diturunkan terkait dengan kisah pasukan gajah yang hendak menghancurkan Kaabah.

Diturunkannya ayat ini terkait kisah pasukan gajah yang bertujuan untuk menghancurkan Kaabah dan perbuatan Allah kepada mereka dengan membinasakan dan menjauhkan mereka dari Kaabah.

Surah ini mengandungi pembicaraan tentang kejadian yang terjadi dekat sebelum kelahiran Rasulullah SAW. Ringkasnya Abrahah Al Asyram, Garbenor Yaman dibawah kerajaan Habsyah pernah berpendapat untuk mendirikan sebuah rumah ibadah (gereja) di Shah'a Yaman.

Dia menyeru bangsa Arab untuk menunaikan haji kepadanya pengganti haji di Baitul Haram. tatkala dia telah membangunkan gereja yang dinamakan Quallais, sebagai bangunan yang belum pernah dikenal semisalnya dalam sejarah pembangunan gereja, maka datang seorang lelaki Quraisy yang membuang air besar lalu melumuri dinding dengan kotoran itu disebabkan kejengkelannya.

Ketika Abrahah melihat bangunan kebanggaannya dengan keadaan seperti itu, maka muncullah api kemurkaannya lalu ia mempersiapkan pasukan untuk memerangi Mekkah dan menghancurkan Kaabah. Berangkatlah bersamanya tiga belas gajah diantaranya yang bernama Mahmud (Gajah Terbesar).

Mereka berjalan terus melewati sebuah lingkungan masyarakat Arab kemudian mereka memerangi dan berhasil mengalahkannya sampai tiba di Mekkah. Terjadilah perundingan antara mereka dengan Tokoh Mekkah iaitu 'Abdul Muthalib (Datuk kepada Rasulullah SAW). Perundingan pun berakhir dengan hasil :Abrahah akan mengembalikan unta Abdul Muthalib kemudian Abrahah bebas berbuat apa saja terhadap Kaabah.

Abdul Muthalib pun memerintahkan seluruh lelaki penduduk Mekkah untuk mengosongkan negeri agar menuju ke puncak-puncak gunung membawa isteri dan anak-anak mereka kerana takut terhadap pasukan yang zalim iaitu Abrahah. Kemudian dia berdiri dan bergantung di pintu Kaabah. Segolongan orang Quraisy berdiri bersamanya berdoa kepada Allah dan memohon pertolongan kepada Nya.
Abrahah menghadapkan pasukan dan gajahnya ketika tiba di sekitar Mekkah, tetapi gajahnya lantas terhenti di luar kota Mekkah dan tidak mahu memasukinya. Mereka berusaha keras untuk memasuki kota mekah, tetapi tidak berhasil. Hal itu diterangkan juga oleh Rasulullah SAW. melalui sabda beliau pada waktu peristiwa Hudaibiah ketika unta beliau al-Qashwa' terhenti di luar kota Mekkah.

Maka, orang-orang berkata, "Al-Qashwa' mogok." lalu Rasulullah bersabda. "Al-Qashwa' tidak mogok dan ia tidak diciptakan untuk mogok. Akan tetapi, dia ditahan oleh yang menahan gajah dahulu." Diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda pada waktu pembebasan kota Mekkah (Fat-hu Makkah).

Segera pasukan Abrahah bergerak hingga tiba di lembah Muhassar (lembah terhina) maka tiba-tiba sekumpulan demi sekumpulan burung datang melempari pasukan itu dengan batu seukuran antara himsh dan adas (seperti kacang hijau) yang berasal dari tanah liat dan batu-batu dari gunung sehingga mereka menjadi seperti daun-daun kereng yang terobek-robek. Mereka pun meleleh dan berjatuhan dagingnya lalu binasa. Abrahah lari dengan dagingnya yang berjatuhan, keadaan jari-jarinya terputus satu demi satu hingga samapai di Shan'a. Maka, ia tidak mati sehigga dadanya terbelah dan kelihatan hatinya, sebagaimana diceritakan dalam beberapa riwayat.

Ustaz Syekh Muhammad Abduh mengatakan di dalam menafsirkan surah ini dalam Juz Amma,
"Pada hari kedua, maharajalela penyakit cacar dan campak dikalangan tentera (Abrahah)." Ikrimah berkata, "Itu adalah penyakit cacar yang pertama kali ada di negara Arab." Ya'qub bin Utbah berkata tetang peristiwa yang terjadi itu, "Pertama kali terjadi penyakit campak dan cacar di negeri Arab adalah pada tahun itu. Wabak itu menimpa tubuh mereka dengan keadaan yang jarang terjadi keadaan seperti itu. Daging mereka berserakan dan berjatuhan, sehingga pasukannya menjadi rosak dan berlarian akibat terkena penyakit itu. Daging Abrahah terus berjatuhan sepotong demi sepotong dan jari jemarinya terputus satu demi satu hingga tembus dadanya dan ia meninggal di Shan'a."

Kejadian tersebut adalah nikmat bagi penduduk Al Haram dan penjaga Rumah Nya. Oleh kerana itu, bangsa Arab sentiasa memuliakan Kaabah Al Haram dan penduduknya hingga sekarang.

AYAT 1

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

AYAT 2

Bukan Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

AYAT 3

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan, -

AYAT 4

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,-

AYAT 5

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Monday, April 15, 2019

PENGAJARAN DAN HIKMAH

1. Hiburan bagi Rasulullah SAW terhadap apa-apa yang beliau temui dari kezaliman kuffar Quraisy.

2. Mengingatkan kaum Quraisy akan tindakan Allah Ta'ala terhadap Abrahah beserta kaumnya yang menakutkan dan mengancam mereka.

3. Memperlihatkan kekuasaan Allah dalam memelihara hamba-hamba Nya juga memperlihatkan serangan Allah terhadap musuh-musuh Nya.

4. Perlindungan Allah terhadap Ka'abah dari musuh-musuh Agama Nya

5. Kejadian "Gajah" menjadi sejarah yang dinamakan dengan tahun gajah (Tahun 570 M) yang juga merupakan tahun lahirnya Rasulullah SAW.